Apa lagi yang kita nak cari di muka bumi ini bila segalanya telah Allah cukupkan untuk kita? Thank you Allah...and I love you...Sebanyak-banyak syukur....Nikmat yang paling besar adalah nikmat dan Islam... Lahir sebagai Islam... Tiada lagi nikmat yang lebih besar berbanding ini...
Penulisan blog ini bertujuan mencari, menggali, berkongsi ilmu, pengalaman kehidupan agar dapat membantu menambahkan iman dan memantapkan iman hanya kepada Allah SWT...
Thursday, 17 July 2014
Wednesday, 6 March 2013
TERAPI TAUBAT...
Buat semua ibubapa...khasnya buat diriku... catatan ini bukanlah untuk menunjukkan diri ini sungguh berilmu, tetapi sebagai ingatan buat diriku yang selalu lupa dan lalai. Semoga
Allah tidak meletakkan diriku bersama-sama orang yang rugi...
Mendengar perkongsian ilmu Ustazah Norhafizah memberikan diri ini kekuatan... Bertaubatlah!
Peranan ibubapa membimbing anak-anak. Membimbing anak-anak bukan hanya ketika mereka berjaya dan disaat mereka gembira sahaja. Bimbingilah dan pimpin juga anak-anak ketika mereka melakukan dosa. Bukan mereka sahaja perlu bertaubat. Ibubapa lebih-lebih lagi... entah mana mungkin sebenarnya antara dosa yang mereka lakukan itu kita ada 'sumbangannya'!...
Oh tidakkk!!! besarnya tanggungjawab ibu dan bapa ini... ingat boleh berasa gembira sahaja disaat mereka berjaya, tapi lupa akan tanggungjawab bebanan dosa mereka.
Ya Allah! sesungguhnya aku bersyukur kerana Maha KayaNya Engkau telah kurniakan 4 (in shaa Allah termasuk 5) cahaya mata buat kami. Merekalah cahaya mata dan cahaya hati kami.... penyeri rumahtangga kami... Ya Allah, sesungguhnya mereka juga adalah amanahMu... berikanlah kami suami isteri kekuatan untuk mendidik mereka.
Sesungguhnya cita-cita kami amat tinggi, kami ingin melihat mereka berjaya di dunia dan juga di akhirat. Menjadi mujahid agama dan dalam masa yang sama menjadi insan yang disegani dan menjadi teladan yang baik di muka bumi ini.
Ya Allah kami ini sesungguhnya amat lemah dan lagi lalai... banyak sungguh permintaan kami yang kami sendiri tidak tahu samada ianya baik untuk kami atau pun tidak. Wahai Tuhan yang Maha Sempurna kami hanya inginkan yang terbaik untuk amanah Mu ini... Amin...
Monday, 10 December 2012
APA ADA PADA NAMA...
Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)
Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai olehnya
Al kisah ketika Rasulullah bersama para sahabat....Singa Allah dan Singa Rasul adalah gelaran agung yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Hamzah bin Abdul Muttalib. Pada zaman Rasulullah, memang terdapat gelaran-gelaran yang diberikan baginda kepada para sahabatnya. Contohnya:
1. Abu Hurairah (Bapa Kucing) diberikan kepada Abdul Rahman Bin Saqr,
2. Humairah (Pipi Merah) diberikan kepada Siti Aisyah,
3. Asadullah (Singa Allah) diberikan kepada Hamzah Abdul Muttalib,
4. Saifullah (pedang Allah) diberikan kepada Khalid al-Walid.
Semua gelaran di atas bukan bertujuan menghina tetapi menunjukkan rapatnya hubungan Rasulullah SAW dengan mereka.
Gelaran Hormat Sebagai Rakan Sekerja
Begitu juga gelaran hormat sesama rakan sekerja... panggil lah rakan sekerja dengan gelaran yang digemari dan semakin memotivasikannya.... menjadikan diri mereka sentiasa dihargai ketika 8 jam bekerja. Kita juga akan dihormati. Ukhuwah pun semakin erat.
Jangan Rasa Diri Sudah Cukup Baik...!
Mungkin dia jauh lebih baik dari kita... orang sekarang suka sebut 'budget baik' untuk sifat 'ujub dalam diri sendiri. Sungguh buruk sikap ini... tapi kebanyak kita ada simpan 'stok' ni dalam diri kita... tak percaya, cuba hayati suara hati sendiri... sebab ini adalah bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan segala amalan baik yang telah kita lakukan. Sifat 'ujub inikan pembakar atau penghapus segala kebaikan yang telah kita lakukan...bukan?!
Lantaran itu menganggap orang lain serba tak sempurna dan tidak sebaik dirinya... lalu menyarankan itu dan ini agar orang itu akan menjadi baik dan hebat seperti dirinya! na'uzubillah!!! Muslimat, jangan lah percaya bisikan ini... inilah sebenarnya tipu daya syaitan...!
Muslimat, buatlah banyak kebaikan dan sembunyikanlah! Rendahkan lah hati serendah rumput di lereng bukit, menahan tanah tidak luruh...membantu manusia berjalan kaki... Belajar juga dari kebaikan dan kelemahan orang lain. Ingat, bahawa Allah ciptakan manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Setiap manusia itu unik. Masing-masing ada peranan mereka sendiri. Walaupun mereka hanya pencuci! Hormatilah juga mereka...
Romantik Sebuah Sunah Nabi Dalam Hubungan Suami Isteri
Begitu juga di alam rumahtangga, panggilan atau gelaran bukan sahaja akan disukai oleh pasangan, malah akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang.... jelas saja bagaimana Baginda Rasullullah memanggil nama Aisyah dengan Si Humairah...!
Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.
Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.
Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.
Beraubatlah!
Sentiasalah bertaubat. Bertaubat tak semestinya kena di atas tikar sejadah sahaja. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukannya. Waimah di hadapan PC, berjalan, memandu, makan, berbaring....!
Janganlah zalim dengan diri sendiri. Dengarlah suara hati yang mulus. Sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yang bertaubat. Rasullah s.a.w yang dijanjikan syurga pun sentiasa bertaubat kepada Allah. Apatah lagi kita...
Firman Allah di atas sesungguhnya mengandungi seribu satu pengajaran dalam menjaga perhubungan sesama manusia... masih banyak lagi yang boleh dihuraikan dan dikongsikan di sini...ini hanya sebagai catatan dan peringatan untuk diri saya sebelum saya terlupa... jika ianya bermanafaat, bolehlah kita kongsikan dan amalkan bersama...Insyaalah...
Sunday, 13 November 2011
BAIK KAH KITA, BILA KITA BERTUDUNG?
Salam...semua, lama tak update blog ini...
Kali ni nak kongsikan satu pertanyaan yang kita kena jawap bersama-sama... "baikkah kita, bila kita bertudung?"
Adakah mungkin orang yang bertudung seperti saya ini akan diuji sebegini? Saya selalu menasihati diri saya...bahawa tudung yang saya pakai membawa imej Islam. Orang Islam mestilah sentiasa terbaik. Dari semua aspek kehidupan...kerja, akhlak, pergaulan...semua lah! Tidak dinafikan kadang kala mulut ini sekali sekala terlepas juga tersakiti hati orang lain, tapi bila tersedar tu kenalah cepat-cepat minta maaf...dan berusaha untuk tidak mengulangi lagi. Seperti topik blog ini yang lepas, bahawa orang yang bertudung, berpuasa belum cukup menjadi indikator bahawa mereka adalah baik. Tapi ini adalah proses untuk kita menjadi baik.
Pengalaman saya dengan orang yang tidak bertudung ini dari segi pergaulan, kerja, kehidupan memang tip top! Memang terbaik. Cuma mungkin bila mereka bertudung maka complete lah package mereka as a Good Muslimah! Mungkinkah juga mereka sedang diuji? siapa tahu? Saya juga amat berharap agar topik kali ini mungkin memudahkan laluan ujian yang sedang mereka lalui...
kenapa tanya soalan ini, ye?

Sebab...ada seorang sahabat kata "kalau bagi kerja selalu ada alasan, kalau buat kerja pun hasil kerja tak seberapa, hantar tugasan pun lewat, curi tulang pun selalu... ini bukan yang pakai tudung aje, ustaz pun ada...! so, apa bezanya dengan i yang macam ini (tak bertudung), tapi i masih tahu hukum curi tulang..."
herk! herk! herk! susah gak nak jawab...
Diharap penulisan Ustaz Pahrol ini boleh membantu kita...
Keupayaan akal terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
Wednesday, 28 September 2011

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Sekiranya ditanya dimanakah nilai harga diri anda? Adakah nilai harga diri kita terletak atas barang yang kita guna...handphone, kereta, pakaian berjenama? Jika itu lah jawapan nya... kiranya kita kena fikirkan semula...
Nilai harga diri kita adalah terletak dalam diri kita sendiri. Persepsi diri kita terhadap diri kita sendiri adalah lebih penting daripada persepsi orang lain terhadap diri kita. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi adalah orang yang menghargai dirinya sendiri.
Oleh itu tidak lah perlu rasa sedih bila orang lain tidak menghargai apa yang kita telah lakukan. Ini kerana hanya kita tahu apa yang kita lakukan. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan menghargai diri orang lain. Menghormati mereka. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi juga tidak bongkak, sombong mahupun takabbur! Kerana mereka tidak memandang rendah terhadap keupayaan orang lain.
Oleh itu hargai lah diri sendiri. Percaya terhadap diri sendiri. Yakin kepada Allah. Bersyukur.
Terima kasih Ustaz Pahrol....
Thursday, 8 September 2011

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Dalam tazkirah ini dapat dibuat konklusi bahawa dengan memperbaiki input akan menghasilkan output yang berkualiti. Saya masih ingat istilah 'input' dan 'output' ini saya ketika di zaman persekolah dulu...ia berkaitan dengan komputer...rupa-rupanya istilah inipun diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Berbalik kepada topik tazkirah...seringkali kita berhadapan dengan suasana atau fenomena apabila kita melihat seseorang itu rajin berpuasa, rajin solat, lengkap menutup aurat...ia akan menjadi satu indikator bahawa itulah insan yang baik. Bak kata orang kalau nak cari calon menantu, ciri-ciri inilah yang dicari...
Namun hakikat atau realiti yang sebenarnya kita perhatikan bahawa '...orang itu solat, tapi masih buat maksiat....', '...orang itu dah dapat haji...tapi masih...', '...orang itu nampaknya rajin berpuasa, tapi...' macam-macam tapi lah dihujung amalan yang dilakukannya itu...kenapa, ye?
Menurut tazkirah Ustaz lagi...ini sebenarnya semuanya bergantung kepada NIAT! sekiranya seseorang itu mendirikan solat untuk menunjuk-nunjuk kepada bakal mertuanya...maka hasilnya seperti yang diniatkannya itu. Jika kita berpuasa niatnya untuk menjadi kurus...maka hasilnya seperti itu... Jika pergi haji hanya niatnya untuk mendapatkan title "haji" begitulah seterusnya.
Jadi...adakah ini bermakna jika seseorang itu berpuasa, menutup aurat, solat, menunaikan haji itu sudah cukup jadi satu indikator bahawa seseorang itu dapat title BAIK?!
Sekarang kita kena fikirkan bahawa sebenarnya puasa, solat, haji, menutup aurat dan segala amal ibadat, kebajikan yang kita lakukan adalah SEBENARNYA SATU PROSES untuk kita MENJADI BAIK. Manakala NIAT pula menentukan kearah kebaikan atau sebaliknya amalan yang dilakukan itu. Niat pula tidak lah dapat dilihat denga mata kasar kita. Hanya Allah dan diri kita sahaja yang mengetahuinya.
Semoga bermanafaat untuk dikongsikan.
Monday, 22 August 2011
Ramadhan Kita vs Ramadhan Mereka...
Catatan kejayaan umat Islam dalam bulan Ramadhan telah pun tercatat di dalam sejarah. Antaranya kejayaan umat Islam dalam perang Badar, kejayaan semula umat Islam ke atas Kota Mekah dari cengkaman kaum kafir Quraisy, kejayaan tentera Salahuddin Al-Ayubi menakluki Baitulmaqdis di dalam peperangan salib setelah dikuasi oleh orang Kristian selama 88 tahun, begitu juga kemenangan umat Islam di Bosnia dari tentera Yahudi pun berlaku dalam bulan Ramadhan. Dan banyak lagi kejayaan umat Islam dalam bulan Ramadhan...

Namun itu puasa mereka...
Bagaimana dan apa yang berlaku dalam tahun 1961 terhadap pemimpin Habib Bourguina di Tunisia? Beliau telah menghalang umat Islam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Dan sesiapa yang berpuasa akan dikenakan tindakan atau hukuman. Ini dengan alasan bahawa di dalam bulan Ramadhan akan berlakunya penurunan dalam produktiviti negara.
Habib ni tak baca sejarah, ke?! atau mungkin benar juga kata-kata beliau? Cuba kita fikirkan semula...kualiti puasa zaman para sahabat...tahun 1961...hinggalah puasa kita sekarang 2011...hemmm sama ke? Soalan yang hanya diri sendiri sahaja yang boleh dijawab dengan tepat.
Perhatikan pula senario yang berlaku sekarang ini. Sekiranya kita duduk di dalam organisasi, dalam bulan Ramadhan memang tiada kursus, mesyuarat jarang-jarang dilakukan malah balik lebih awal daripada waktu kerja yang biasa. Kenapa ya?! Bos kata kalau buat juga kursus dalam bulan Ramadhan, staf marah! kalau buat mesyuarat pula, dalam mesyuarat yang kedengaran '...tiada idea...', bagi balik awal supaya jalan tak sesak kerana bazar Ramadhan.
Agak-agak la kan, sekiranya Rasulullah ada pada ketika ini beginikah sikap umat Islam yang sewajarnya?
Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran, Rasulullah membawa hadis pengajaran dan sejarah telah membuktikan! Jadi, dimanakah nilai puasa umat Islam masakini?
Sahabat semua... pahala membuat kebajikan, kebaikan dan amal soleh dalam bulan Ramadhan dibuka seluas-luasnya. Kita masih lagi boleh membaca Al-Quran dan Solat Dhuha ditempat kerja. Namun dalam masa yang sama kita mestilah sentiasa mempertingkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita malah lebih baik lagi di bulan Ramadhan ini. Buktikanlah bahawa kita bukan LEMAH!
Terima kasih Ustaz Hasrizal Abd Jamil...

Subscribe to:
Posts (Atom)