PENGALAMAN DIDIK ANAK

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADAKU KEKUATAN...!



Mendengar perkongsian ilmu dari Ustazah Norhafizah Musa, seperti menyuntik motivasi dalam diri dalam mendidik anak-anak...al maklum dunia tanpa sempadan yang penuh cabaran.
 
Penulisan ini bukanlah untuk menunjukkan diri betapa tingginya ilmu didada ini...tapi sesungguhnya untuk mengingati diri ini yang selalu lupa.  Semoga ilmu yang didengari dari Ustazah dapat di catatkan disini untuk bersama-sama dikongsi dan beramal bersama. 
 
Ibubapa berperanan untuk mendidik dan membimbing.  Mendidik dan membimbing bukan sekadar ketika anak-anak berjaya sahaja.  Tetapi juga ketika anak-anak melakukan dosa.  Bimbing lah mereka, tuntunilah dia.  Ketika mereka melakukan dosa bukan mereka sahaja yang perlu bertaubat! Kita ibubapa lah lebih-lebih lagi...! Entah mana mungkin antara dosa yang mereka lakukan itu, kitalah puncanya!!!
 
Begitulah juga halnya dengan pasangan kita, bila dia melakukan dosa... bukan dia sahaja yang perlu melakukan taubat, kita pasangannya lebih lah lagi....! entah mana mungkin dalam dosa yang dia lakukan itu, kita lah puncanya!!!
 
Oh tidak...!!! beratnya tangungjawab ini...ingat kita boleh bergembira ketika dia berjaya sahaja, tapi lupa peranan dan tanggungjawab kita bila dia buat dosa...!
 
Ibubapa percayalah bahawa kita boleh melakukannya.  Entah mana mungkin dengan asebab taubat kita itulah hidayah Allah turun dalam keluarga kita.   
 
Sesungguhnya berat lah amat peranan ibubapa dan suami/isteri ini... tapi percayalah bahawa kita sebenarnya terpilih.  Allah swt telah memilih kita dalam menentukan kehidupan kita ini.  Mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya... Amin.


DIA NAK PUASA SUNAT KHAMIS...

Rendahnya rasa hati ini bila dia minta untuk puasa sunat hari Khamis.  Sebenarnya dah lama sangat dia 'request' nak puasa sunat.  Hari tu minggu peperiksaan.  Mama tak benarkan sebab nanti dia letih dan tak larat pulak nak jawap periksa.  Hinggalah mama balik umrah dia masih lagi minta nak puasa sunat. 

'...macam mana kakak tahu tentang puasa sunat Khamis?' mama tanya gaya coach

'...Sebab kakak kat Manjaria (after school care) tu selalu puasa sunat pada hari Khamis...' dengan muka yang selamba.

'Ok la kalau macam tu...tapi kena bangun sahur macam biasa (macam bulan Ramadhan jugak) tau...'

Hari Khamis tu dia puasa.  Tengahari jemput dia.

'Kakak, are you ok?' Nampak dia senyum dan masih cergas lagi.  'I'm ok, mama!'  "Betul?" "Betul!"  Adik and the gang sibuk beli keropok, gula-gula dan aiskrim.  Nampak adik beli dua aiskrim, dia kata nak bagi kakak untuk buka.  Tapi mama tengok habis dua-dua dia makan! Mama tak benarkan diaorang makan dalam kereta.  Makan kat kedai sampai habis.  Jangan ada sisa pun.  Tak pe, Mama dan kakak tunggu dalam kereta.

Petang tu balik dari Manjaria tanya...
"Nak buka apa...?" 
"Buah anggur aje la mama..." 
"Lauk?"
"Telur goreng"
dalam hati mama...(telur goreng lagi...!)
tapi mama masakkan untuk dia ketam masak kari, tau...!

Semoga dia menjadi insan yang solehan...





SERONOK MELIHAT DIA MEMBESAR DI DEPAN MATA

Dia baru je masuk 2 tahun 14 Jun ini.  Rasanya pengalaman membesarkannya tak akan jemu.  Hari-hari ada sahaja yang baru dia tunjukkan.  Dia baru sahaja mula mengikut perkataan-perkataan yang baru.  Bermula dengan mengajarkannya huruf alif, ba, ta...saya terus mengajarnya dengan perkataan-perkataan yang biasa.  Secara umumnya nampak dia faham arahan yang diberikan kepadanya dan boleh mengikutinya.  Dia boleh ikuti arahan dengan 'masukkan baju ini ke dalam bakul baju...', 'buang sampah dalam tong sampah', 'letakkan botol susu atas meja...'

 Dari hari ke hari dia nampak cepat untuk belajar bercakap.  Dia dah boleh bagitahu kalau dia sakit, penat, nak tidur, nak susu, nak tengok cd al-furqan...(ba..ba..). 



Kalau dia buat perangai pun boleh tahan gak.  Kekadang tu kami tak hiraukan pun karenah yang dibuat, dengan harapan tak mahu 'meraikan' kenakalannya.  Kalau dah tak tahan tu terpaksa la buat-buat marah. Jadi dia faham kita tak suka.  Memang sebenarnya dia faham! Rupa-rupanya dia saja nak psiko kita...Kanak-kanak memang bijak!

Kakak yang paling dia suka kacau ialah Kakak Ina.  Dia akan cakar muka, tarik rambut, tolak dan sebagainya.  Kalau boleh jangan bagi kakak lebih daripada dia.  Nasib la kakak Ina baik, sabar aje dia...

Rasanya macam tak puas menjaga mereka sedari bayi lagi...sedar-sedar aje...tengok macam kakak dah pun darjah satu.  Sekarang dia dah pandai uruskan diri sendiri malah juga uruskan adik-adik. Kakak pun dah boleh tolong mama masak kat dapur.  Tak kisah la walaupun bawang besar mama dah jadi bawang kecil kakak kupas!


DIA PANDAI URUSKAN DUIT SAKUNYA...

Hari ini saya dapat melihat anak saya yang kedua dah pandai uruskan duit. 

Pada mulanya rasa kesian juga sebab beberapa minggu yang lepas dia tak dapat beli buah sebab wang sakunya telah habis digunakan waktu rehat.  Mulanya saya berikan juga dia wang tambahan sebab dia hanya nak beli buah jambu sahaja.  Lama-lama saya terfikir...sampai bila..?  Akhirnya selepas beberapa minggu saya keraskan hati juga untuk tidak memberinya wang saku tambahan.  Dia menangis...sedih...  Si kakak happy aje dapat beli apa yang diingini kerana dia pandai berjimat.  Saya bertegas dan berpesan kepadanya macam mana nak gunakan duit saku supaya cukup akhirnya dan dapat membeli apa yang dikehendaki.  Dia monyok sepanjang perjalanan itu.  Pada fikiran saya 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..la tu!'. 

Ikhlasnya mereka...
Tapi hari ini betul saya melihat dia sungguh gembira dan bercerita bagaimana dia berjaya gunakan wang sakunya waktu rehat dan akhirnya dapat membeli buah sebagai bekalan dalam perjalanan pulang ke taska (after school care center).  Rupa-rupanya apa yang saya 'bebelkan' padanya sebelum ini bukan sia-sia dia memang sedang mendengar...Bukan dia sahaja gembira, saya pun gembira dan bersyukur sangat...

Begitu mungkin anak kita belajar.  Mungkin kita tak perasan.  He really learnt the lesson!


KAKAK TANAM POKOK TOGE...

Satu pagi saya membuka tingkap di bilik anak saya memandang ke luar tingkap.  Memerhati pokok bunga kertas, janggut jin, lidah buaya, pokok keladi, anak pokok sayur bendi...tiba-tiba terpandang sekumpulan anak pokok yang baru tumbuh di atas tanah! Hish...! pokok apakah itu? semalam ada perasan tanah tu macam ternaik sikit...dan pagi ni dah ada anak pokok yang baru!!! anak pokok apa ye! yang pasti pokok tu saya tak tanam!




Teringat kakak..."kakak...! tunjukkan mama tempat awak tanam benih kacang haritu?"  Berlari dia keluar menuju tempat dia tanam..."Whoah!" ternganga besar mulut dia dengan gigi yang baru nak tumbuh tu.  "Dia dah jadi...pokok...!!!" jerit campur seronok.  Cepat dia panggil Hakim.  Tapi Hakim buat do no aje... tak kisah pun.  Tak pe mama dengar... seronok dia cerita macam mana dia tanam benih kacang hijau tu dari awal hingga akhir...


Pokok Toge dia...

Ye la... yang menumbuhkan pokok itu adalah kuasa Allah jua.  Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap hidupan di alam ini.  Ingat pesan mama ini... dan pula jangan zalim... dah tanam pokok kena rajin siram, bagi baja...

Hemmm... macam mana rupa pokok kacang hijau ni nanti, yek? Kalau dah besar...apa mama nak buat, yek?  hemmm... nampaknya mama kena study dulu sebelum diaorang tanya!!!  Mama mesti power! 

BILA DIA DEMAM...

Susahnya hati mama bila dia demam.  Mula-mula mengadu sakit kepala.  Lepas tu suruh mama picit.  "Emmm...bestnya mama picit!"  Walaupun demam dia masih aktif bermain.  Mama terpaksa bagi dia ubat setiap 6 jam.  Nasib la cuti sekolah.  Tak hantar ke tadika tak apa.  Kenalah mama ambil cuti kecemasan walaupun kat office banyak kerja akan tertangguh.  Projek nak run minggu depan.  Telefon berdering aje... Untuk dia tak apa...

Semalam mama bawa juga dia ke Program mama.  Mama biarkan aje dia main pasir tepi pantai, main air...main gelongsor, buai... sesekali mama kejar juga dia...check, panas lagi tak badan dia.  Dah nak tengahari nampak dia mula dah penat.  Mula merengek.  Nasib baik ada Acik Aein.  Dia picitkan kepala.  Sampai la terlelap. Kesian kan dia, program tak habis mama pun bawa dia balik.


Lepas solat zohor mama panjatkan doa...semoga Allah sembuhkan demam mu segera! Agar dirimu sentiasa ceria, gembira...tak kisah la walaupun selalu kata mama tak sehebat ayah...mama tak kecil hati pun...sebab mama tahu, dalam hatimu sebenarnya mama la Hebat!  (Jangan marah, Ayah!)

Bila mama keluar bilik tengok ayah tengah tuam badanmu...ayah tengah pujuk supaya minum air masak banyak-banyak.  Ayah isikan botol susu dengan air masak.  Tapi dia cuma pegang aje...mama pujuk, suapkan dengan sudu...adalah 2 sudu dia minum...ala manjanya...kekadang tu rasa macam dia buat-buat aje!


mama pesan: 'jangan hisap jari!'...dia jawab: 'ina tak tahan na...'