MUSLIM COACHING MENTORING

Page ini ditulis untuk membantu mana-mana rakan-rakan yang memerlukan khidmat coaching and mentoring.  Boleh tetapkan masa, hari sebelum hubungi saya melalui skype 'malasalimin'. 

Pada 28-30 Mac 2011 yang lalu kami zon selatan telah pergi ke PPD.  Kami dijemput sebagai pemerhati di dalam kursus asas coaching and mentoring PPPT DH44-DH48.  Sungguh hebat coach yang menyampaikan isi kursus yang terdiri daripada 3 orang yang dipilih dari utara, shah alam dan PD.  Pegawai yang mengikuti kursus ini pun hebat-hebat.  Serius. Fokus. Banyak isu.  Semoga ini semua bermanafaat. 


JEMPUT RAKAN-RAKAN KE KURSUS BASIC SKILL OF COACHING AND MENTORING

Rakan-rakan semua dijemput hadir ke Kursus Basic Skill of Coaching and Mentoring yang akan diadakan di Bilik Seminar ULPL pada 13-15 September ini di Politeknik Melaka.  Encik Arman bin Said (bukan Amran), Puan Nuratikah Seman dan saya akan mengendalikan kursus ini bersama.  Jangan malu-malu...datang yek!!! 

COACHING DI POLIMELAKA

Seramai 25 peserta yang menyertai kursus ini.  Mereka terdiri daripada pegawai gred dh44 dan beberapa orang dh41 (yang terdiri daripada ketua unit).  Syukur, kursus ini berjalan lancar.  Semua peserta menggunakan masa yang dengan sebaiknya.  Mereka didedahkan mengendalikan coaching dan penekanan diberikan bagaimana nak membina soalan-soalan yang 'power'.  Sungguhpun bahagian ini sukar, namun kena hadapi juga kerana inilah perbezaan antara coaching, mentoring dan kaunseling.


Pada 27 - 29 Disember yang lalu, kami ke Mersing pula...tempatnya di tengah-tengah bandar Mersing.  Bangunan rumah kedai.  Tapi banyak pemandangan yang cantik dan indah.  Maklum le dekat dengan pantai.  Tapi kami ke sana ketika musim hujan dan berita ombak besar sedang melanda di Malaysia....takut gek...

Coaching di sana pegawai gred DH48 tak ramai 2-3 orang aje.  Maklum le poli baru buka....Manakala DH48 1-2 orang aje... Selebihnya DH41.  Bagaimana pun seronok gak.  Walaupun pesertanya antara yang paling sikit yang pernah saya hadiri, tapi cukup bermakna.  Ini kerana pesertanya yang begitu komited.  Syabas PMJ!  Insyaallah PMJ tentunya akan berjaya bila ada pegawai yang macam you all.  Sebagai makluman, PMJ akan berpindah ke kampus yang baru menjelang pertengahan tahun 2012 ini.  Sempat juga lalu di hadapan PMJ yang baru....sungguh besar dan tentunya selesa.   Dengan kesepaduan fokus dan komitmen semua staf semoga semuanya tabah dan cekal mengharungi dugaan serta tercapailah hasrat untuk mendirikan PMJ dengan jayanya...Amin....