TIPS URUS RUMAHTANGGA

CABARAN PAKAIAN YANG MEMBUKIT TIDAK DILIPAT...

Aduh! penatnya bila tiba hujung minggu sahaja tentunya termasuk dalam agenda menguruskan rumah kena lipat baju yang telah dikumpulkan untuk seminggu.  Mahu sejam juga untuk menghabiskan baju yang membukit itu.  Itu pun kalau dapat dibuat tanpa gangguan.  Dari pengalaman saya sendiri bila ada anak kecil ini bukan sejam, malah hampir 4-5 jam sehari setiap hujung minggu untuk uruskan itu.  Apa tidaknya, baru nak lipat aje ada la anak yang bergaduh la, minta susu la, 'tolong' kita lipat juga la, tolong buat 'homework' la...macam-macam la...!

Saya selalu berfikir bagaimana untuk selesaikan keadaan ini tanpa perlu upah pembantu untuk datang ke rumah untuk selesaikan masalah ini.  Bukannya apa kalau boleh jimat sikit...sebab masalah saya hanya tertumpu kepada pakaian sahaja.  Menguruskan kerja rumah lain banyak dikongsikan bersama-sama dengan suami tercinta.

Satu hari datang idea kepada saya, kenapa tidak dilipat sahaja pakaian yang diampaian sebelum dibawa masuk ke rumah?  Sebab:

1.  keadaan pakaian itu masih lagi bersidai, tak renyuk
2.  dah tersusun pun...ikut anak pertama, kedua, ketiga dan keempat
3.  saya sentiasa mengasingkan pakaian anak-anak dan pakaian kami suami isteri
4.  kami sentiasa terbalikkan dulu semua pakaian yang nak dibasuh supaya bila kami sidai nanti hanya di bahagian luar sahaja (lagi pun ampaian kami di bawah bumbung)
5.  kalau kapasiti mesin basuh saya 7-8 kg tu kalau dilipat terus, tak la banyak sangat, sekejap aje...

saya cuba...mula2 memang susah nak lipat diampaian.  Tapi 'practice make perfect'.  Lagi pun baju besar saja yang masalah. Itu pun diselesaikan bila kita sidai dengan 'hanger'.  Baju anak-anak saya dah tak jadi hal, lagi senang...siap lipat sepasang dengan baju dan seluar lagi....   Tak jadi masalah lah! 

Sekarang, syukurlah saya punya banyak masa terluang dengan anak-anak ketika hujung minggu. Dan telah menjadi rutin saya setiap kali lepas lipat baju saya dapat siram pokok bunga dan sayuran saya.  Kemudian saya akan masuk ke rumah dan terus simpan pakaian yang dah lipat itu ke bilik dan tempat masing-masing.

Sesiapa nak cuba, silakan...ini perkongsian pengalaman saya.  Dan saya seronok untuk berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan semua sebab saya rasa ianya sungguh berkesan dan banyak membantu.  Saya percaya rakan-rakan di luar sana pun ada masalah yang sama.  Selamat mencuba!