RESEPI RINGKAS

Memasak bukanlah susah sangat.  Masa memasak pun bukanlah lama sangat.  Saya memang suka masak (kalau masakan menjadi...) tapi tak selalu apa yang saya nak masak tu menjadi.  Maklum aje la saya mula tinggal di asrama sejak usia 12 tahun lagi sehingga saya buat master.  Masa kat U dulu belajar la juga memasak gunakan rice-cooker setakat buat puding, bubur manis tu boleh le.  Kalau di kampung nasib saya baik sebab ada seorang kakak yang pandai masak.  So saya belajar dari dia la...(tengkiu kak na...!)

Bila dah berumahtangga, memang kena masak.  Ada anak - lagi kena masak!  Prinsip saya kalau boleh anak-anak makan hanya masakan saya.  Sekurang-kurangnya nasi yang mereka makan ialah dari air tangan saya. Saya amat berharap dengan ini dapat mengeratkan lagi kami sekeluarga.  Dan mana lah tahu nanti dia belajar dan berkahwin...mereka tetap akan ingatkan saya.  Setiap kali masak nasi selawat dan doa untuk mereka tak tinggal (semoga saya beristiqamah). 

Bila saya mula bekerja pula...lain cabarannya.  Kadang-kadang terpaksa balik lewat.  Penat. Saya kena plan macam mana saya boleh masak untuk mereka, boleh makan bersama tanpa mengganggu jadual mengaji dan buat homework mereka bersama?  Saya selalu memikirkan ini...sehingga lah satu ketika saya membaca sebuah buku (tak ingat judulnya) bahawa sebenarnya memasak satu lauk pada satu-satu masa itu adalah sunnah!  Sunat sahaja mempelbagaikan lauk kiranya ada tetamu datang bertamu...Wah!!! ini sudah bagus...!!! 

Dan lagi saya dengar dari radio, dalam mendidik anak-anak dalam menerapkan kesederhanaan kehidupan, ajar makan satu lauk sahaja.  2 atau 3 lauk bukan satu kemestian....Jeng!jeng!jeng!...saya jumpa kekuatan disini...sekarang memasak bukan lagi masalah buat saya.  Saya boleh lakukannya!  Maka sesiapa pembaca di sini nak share resepi yang simple ini silakan saja.  Saya kira sebenarnya ramai dah tahu kot...cuma saya baru aje discover perkara ini...


AIR BERKHASIAT UNTUK ANAK-ANAK BERBUKA PUASA

Adalah menjadi satu kebiasa kami sekeluarga ketika berbuka puasa kami akan makan kurma dan air teh yang suam.  Kelebihannya memang kami akan berasa bertenaga ketika esok harinya berpuasa.  Tak letih atau pun lesu...

Pada tahun ini memandangkan kakak dan abang yang dah bersekolah, dan dah pandai memilih makanan...maka apa yang nak dimakan ketika berbuka puasa tidak lah saya ketatkan sangat.  Ada masanya saya akan minta mereka membuat keputusan memilih.

Hari itu mereka meminta untuk buat ice-blended.  Aduhai...ais...!  memang la sedap...sejuk...manis...pelbagai perisa...hemmm memang best kalau masuk ke tekak ketika berbuka.  Hemmm macam mana nak buat ianya berkhasiat?  Saya ajukan pertanyaan macam mana nak buat ice-blended ni?  Mereka ceritakan lah step-by- step apa yang mak cik tu buat...(mak cik kat belakang sekolah ada jual ice-blended.  Mereka hanya saya benarkan membelinya pada hari tertentu sahaja.  Seminggu sekali.)

Tiba-tiba saya teringat resepi yang pernah saya cuba tahun lepas ketika program menyusukan bayi didalam bulan Ramadhan.  Khasiatnya bukan sahaja mampu menambah susu ibu, malah mampu membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.  Resepi ini pun saya jumpa di internet.  Nak cuba...?  senang aje....

1 paket kopi Radix
7 biji kurma
1 setengah cawan fresh milk
2 try ais 

campurkan kesemua bahan....blend!  Memang sedap!

Kakak :  "...hemmm sedapnya ice-blended mama ni...! rasa cuppucino!"
Abang:  " ye la mama..."

(hidung mama dah kembang..he..he...)

Mama: "itu la...ingat mama tak tahu buat ice-blended, ke...Tahun lepas mama buat tak sesiapa nak..."

Kakak: 'dulu tu tak sedap...!"  (yok yok o aje! masa tu dia tak nak sebab tak kenal ice-blended lagi...)

Abang:  "Hakim suka yang kurmanya...yummy!"

Syukur...seronok tengok diaorang sukakan resepi ni...bukan senang nak tengok diaorang makan kurma banyak-banyak!  Maklum aje la...kurma kan banyak khasiatnya.

Saya memang bagi diaorang ais tapi selepas mereka habis makan main course sahaja!  Memang berkesan. Tapi kena pandai-pandai la buat iklan kat diaorang ni... 


MASAK PINDANG

Anak saya yang sulung dan yang ketiga makan masakan ini.  Saya pun suka masak ini sebabnya saya rasa ianya balance!  Satu lauk ini sahaja dah cukup, semuanya ada...

Bahan A:
3 ulas bawang merah (kecil)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

5 ekor ikan kembung (kegemaran kami)
1 biji lada merah (belah dua)
1/2 biji tomato
3 biji kacang bende
1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak (kalau nak tumis)

Caranya:
1.  Tumbuk atau blend kering bahan A
2.  Tumis dalam minyak yang sedikit sampai harum
3.  Masukkan ikan
4.  Masukkan air asam jawa
5.  Bila kuah dah mendidih, masukkan kacang bende
6.  Nampak kacang bende dah boleh dimakan, masukkan tomato
7.  Masukkan garam (rasa dulu...dah ok)
8.  Padam api, siap! boleh dihidangkan...

anak-anak suka makan dengan tempe goreng atau telur dadar...